aku antara serpihan kaca yang terhempas
terbiar di pesisiran pantai
disepak dihenyak dihempas sesuka rasa
lantaran aku serpihan kaca
kerana aku bukannya berlian berharga
kerana aku antara sampah jalanan
tiada nilaian harga
tiada yang sudi mengutip
menjadikan bahan hiasan
kerana aku adalah serpihan kaca
yang terbiar
andai aku digilap, dihias,
diukir secantik nian
pasti aku akan lebih indah daripada berlian
pasti nilainya setinggi mutiara,
kerana kalian mudah terpedaya,
dengan kecantikan zahir semata
1640, 11 September 2011