Monday, 12 September 2011

oh matematik dan sains oh si pemusnah

jelas ; kawan kawanku ini
jadi Bush, Bush yang begitu begitu
di negaraku menamakan
Bahasa Melayu itu senjata rahsia pemusnah
kerana itu Iraq, Saddam digantung mati patah
leher
tiap hari hingga kini beratus marhaen dan
borjuis mati
kedendaman. Di negaraku kini dan nanti
beratus ribu rakyat patah lidah Melayu
singkat akal dan paling menggerunkan : kelunturan
iman
dimamah kosa kata Inggeris yang menghalimunankan
kerohanian jua makrifatullah
kerana matematik dan sains Inggeris itu
menolak Allah jua Rasulullah
tapi kosa kata sains dan matematik Melayu
menajamkan ingatan ingatan keimanan


[ alahai siang ini , ratusan professor kedunguan,
memanasi kerusi kerusi dunia, dan malam
memanasi si suami / isteri ]


kerana bush bush di negaraku sonder iman
cepat cepat hebah, daftar syarikat
hambat guru, desak pelajar
"ganti ganti cepat " kata kawan kawanku
"sebelum Melayu terhina, gagap lidah letak
kosa kata Inggeris"
sebalik tabir, laba berjuta kerana komputer
riba
kursus jua program, alahai bush politik
yang... aduhai bush bush, busuk sungguh bau di sekeliling
banyak hati yang bernanah punah
anak anak sekolah yang diserang soalan
ratusan ribu terpanggang


1848, 12 September 2011