Sunday, 11 September 2011

sampah siapa di bawah karpet

kerana engkau tetamu
jemputlah bertamu
ini rumah kecilku
biar aku bersangka baik
tentang hasrat kunjunganmu


hidup ini perkongsian cantik
sudilah
meneguk secawan damai
menguyah sesuap tenang
dan kita berbicara
tentang bahagia dan duka


dan kerana engkau punya rencana
selamatlah berangkat
moga moga langkahmu direnda sejahtera
tetapi berhati hatilah tajam duri di jalanan


Eh !
kenapa kau sorok sampah di bawah karpet ?
sudahnya seribu semut
menghimpun jelek


1612, 11 September 2011